Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Dengar cerita tak lama lagi produk 1Malaysia akan dijual di Kedai Mesra Petronas seluruh Malaysia. Antara barangan 1Malaysia yang akan dibekalkan kepada Kedai Mesra termasuk beras, krimer, minyak sapi, gula, sos cili, sardin, jem buah-buahan, minuman coklat malt, serbuk pencuci dan lampin.


Menurut sumber, pihak Petronas telah pun menghantar surat pekeliling dalaman kepada semua pengendali kedai serbaneka di stesen-stesen minyaknya Kedai Mesra, supaya menyokong idea berkenaan.


Pengendali stesen minyak digalakkan operator untuk menghadiri taklimat khas mengenai perkara ini pagi ini yang dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad, iaitu pengendali yang memasarkan produk 1Malaysia dan operator Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).


Dalam surat pekeliling itu disertakan harga runcit barangan dan margin keuntungan bagi pengendali Kedai Mesra bagi setiap produk berkenaan. Semua barangan 1Malaysia itu adalah tertakluk kepada caj royalti kepada Petronas Dagangan sebanyak 2% daripada harga jualan.




Secara peribadi cadangan produk 1Malaysia dijual di Kedai Mesra Petronas seluruh Malaysia ini ada baik buruknya :-


Kebaikan 
  • Setiap pengguna terutamanya di luar bandar berpeluang membeli produk 1Malaysia yang jauh lagi murah dari harga di pasaraya ini kerana hampir di setiap daerah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya 2 stesen minyak Petronas. 
  • Tak perlu membuka cawangan baru Kedai Rakyat 1Malaysia di luar bandar. Ini dapat menjimatkan kos pembinaan. Memadai dengan menjual di kedai Mesra Petronas.  

Keburukan 
  • Mengancam survivol kedai runcit terutamanya di kawasan luar bandar. 
  • Stesen minyak Petronas akan menjadi sesak dengan kereta orang ramai yang mahu mendapatkan barangan ini. Keadaan mungkin tidak terkawal terutamanya menjelang musim perayaan.  

Tapi kenapa ya kerajaan melantik kedai Mesra sebagai wakil jualan ya? Untuk makluman jumlah jualan kedai Mesra setiap bulan dah mencecah ratusan ribu. Sah-sah pengendali stesen minyak ini dah sedia kaya raya.  


Kenapa tidak melantik kedai-kedai runcit tradisional di kampung atau di kawasan perumahan? Berilah peluang peniaga kedai runcit kecil membuat sedikit untung...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Shafa said...

apa status semua produk ni? sebab tengok dibalut macam tu je. sure halal ke...

Sharinginfoz said...

harap2 ianya dapat memberi kebaikan kepada semua

ParkAir said...

cadangan ko untuk dijual di kedai2 runcit kampung bagus la. usulkan la wei.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget