Mungin ramai yang tidak tahu tak lama lagi sebuah syarikat TV berbayar yang baru, Nilamas Corp akan memulakan operasi pada suku kedua 2012 sekaligus bakal menjadi pesaing Astro dan beberapa IPTV termasuklah Telekom Malaysia (TM).
Kalau sebelum ini terdapat syarikat TV berbayar seperti MITV dan Mega TV di Malaysia tapi di mana silapnya mereka ini telah “tutup buku” dan "berkubur" begitu sahaja.
Kemudian Astro pun datang dengan menggunakan medium satelit, maka mereka yang tinggal pedalaman pun dapat siaran Astro dan akhirnya Astro berjaya monopoliti siaran TV berbayar di Malaysia sehingga ke hari ini.
Bila munculnya Nilamas Corp sebagai syarikat TV berbayar yang baru pastinya ramai rakyat Malaysia mengharapkan syarikat ini mampu bertahan dan menjadi alternatif kepada Astro.
Namun bukan mudah nak bersaing dengan Astro kerana kebanyakan rancangan dah “diangkut” sebahagian besarnya oleh siaran Astro dan juga selebihnya kepada Telekom Malaysia (TM).
Oleh itu bagaimana nak bersaing dengan Astro? Mungkin beberapa Nilamas patut mengeksploitasi KELEMAHAN Astro yang ketara untuk menarik pengguna seperti :-
- Caj yang mahal. Walaupun Menteri memberi amaran kepada Astro supaya tidak menaikkan caj sesuka hati namun Astro seperti KEBAL dari sebarang tindakan bahkan langsung tidak mempedulikannya. Mungkin Nilamas boleh menawarkan pakej yang jauh lebih murah.
- Siaran tergendala setiap kali hujan. Di sini Nilamas mempunyai kelebihan kerana mereka menggunakan kabel fiber berbanding siaran Astro yang menggunakan teknologi satelit maka tiada gangguan siarah ketika hujan.
- Program-program di Astro kerap diulang tayang sehingga penonton naik bosan. Mungkin Nilamas boleh memastikan program TV mereka tidak di ulang tayang berkali-kali.
Tapi realitinya mungkin Nilamas mengalami kesukaran untuk menawarkan program-program TV terbaik memandangkan Astro telah secured broadcasting rights untuk banyak rancangan yang popular dan digemari ramai.
Ini bermakna kebanyakan saluran rancangan yang popular seperti Discovery Channel, ESPN, CNN dan lain-lain tidak boleh diganggu oleh syarikat TV berbayar yang lain. Mungkin ini menjadi halangan utama Nilamas untuk bersaing dengan Astro.
Kalau di negara luar, jangan haraplah adanya hak ekslusif daripada kebanyakan penyedia rancangan untuk sesebuah stesyen TV berbayar. Semuanya dibahagi sama rata dan dibuka ruang seluas-luasnya untuk sesiapa sahaja.Tetapi tidak di Malaysia.
Namun begitu 'gelanggang belum di buka manakan tahu menang kalahnya' kan. Nampaknya Nilamas perlu mempunyai merangka strategi terbaik untuk bersaing dalam industri ini sekaligus menawarkan servis yang terbaik untuk pengguna.
Harap-harap undang-undang ini dapat digubah bagi menghapuskan monopoli dalam industri ini. Bila monopoli dihapuskan maka semua pembekal perkhidmatan akan menawarkan servis yang terbaik buat pengguna dan bersaing dengan sihat. Kita semua yang akan untung nanti...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~