Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Keputuan Malaysia VS Thailand Live Sukan SEA 9 Novermber 2011


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN : MALAYSIA 2-1 THAILAND



LATEST UPDATE


Keputusan Malaysia VS Thailand menyaksikan Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand dalam perlawanan yang cukup mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta Indonesia.


Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia memperoleh gol awal minit ke 24 hasil jaringan Baddrol Bakhtiar. Secara keseluruhan Malaysia beraksi baik dan kredit buat pemain tengah Malaysia namun dari aspek kawalan bola dan taktikal masih berpihak kepada Thailand.


Separuh masa kedua menyaksikan dominasi Thailand sehingga berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Thammarossopon Natarid minit ke 78. Malaysia yang tersentak dengan gol itu lantas mengasak kubu Thailand bertalu-talu.




Hasilnya Malaysia mendapat gol kemenangan menerusi Izzaq Farris Ramlan minit ke 85 yang dimasukkan menggantikan Wan Zahrulnizam.


5 minit terakhir permainan Malaysia banyak mendapat ruang di depan gol Thailand terutamanya menerusi Syahrul Azwari namun tiada tambahan jaringan dihasilkan.


Kini Malaysia mengumpul 4 mata dari 2 perlawanan. Selepas ini Malaysia akan menentang Kemboja pada 13 November 2011.


Jom kita tonton kesemua gol yang dijaringkan dalam perlawanan ini :-





Rumusan dari keputusan perlawanan Malaysia VS Thailand ini :-

  • Bahagian tengah Malaysia beraksi baik terutamanya dari Irfan Fazail, Nazmi Faiz dan Baddrol Bakhtiar sepanjang perlawanan.
  • Ada peningkatan permainan dari pemain Malaysia dari aspek kawalan bola, skill individu dan set pieces.
  • Syahrul Azwari mendapat 5-6 peluang di depan gol namun masih kelihatan gopoh sehingga membazirkan peluang yang terhidang.
  • Fakri Shaarani bermain sedikit baik untuk kali ini berbanding ketika menentang Singapura.
  • Barisan pertahanan lebih mantap dengan gandingan Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Asraruddin Putra.
  • 17 percubaan di depan gol hanya 2 gol yang berjaya dijaringkan skuad Harimau Muda.
  • Skrip Sukan SEA 2009 kembali menghantui Thailand apabila Malaysia menafikan peluang Thailand ke separuh akhir tahun 2009 setelah menang 2-1
  • Jurulatih Indonesia kelihatan di stadium menyaksikan Malaysia menentang Thailand untuk mengkaji taktikal Malaysia dan Thailand. 
  • Tak tahu mengapa Thailand beraksi di bawah tahap sebenar. Mungkinkah masih belum mendapat rentak perlawanan?


PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Thailand live Sukan SEA pada 9 November 2011 jam 5 petang dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, Indonesia.


Keputusan Malaysia VS Thailand ini sangat penting dan Malaysia mesti menang dalam perlawanan ini jika mahu mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos selepas sekadar mampu seri 0-0 dengan Singapura dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan. 


Pertembungan Malaysia VS Thailand pastinya sengit kerana Thailand ialah pasukan pilihan dan menduduki ranking lebih baik dari Malaysia walaupun tersingkir di peringkat kumpulan dalam Sukan SEA 2009.  


Bagi ‘menjerat’ Thailand yang tampil membuka langkah sulung pada temasya kali ini, jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee berkata akan melakukan rombakan kecil di barisan tengah dengan peranan ‘arkitek’ tengah kembali diisi Irfan Fazail dan K. Gurusamy.




Manakala kapten Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari Ibrahim pula menggalas tugas di posisi sayap kiri dan kanan. Izzaq yang hanya beraksi sebagai pemain gantian kelmarin, bakal bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani bagi menggempur kubu Thailand.


Apa apa pun jangan lupa menonton perlawanan secara langsung (live) Malaysia VS Thailand Sukan SEA 9 November 2011 jam 5 petang di RTM 1 dan Astro Arena saluran 801. Bagi yang nak tengok online secara live streaming boleh klik link ini http://www.rtm.gov.my/LiveStreamingTV1/


Keputusan @ result Malaysia VS Thailand live Sukan SEA pada 9 November 2011 akan dikemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...


P/S : Sebelum perlawanan bermula apa kata kita tonton Masterchef Astro ini dulu. Bagi nak layan movie boleh tonton The Adventure of Tintin dan Puss In Boots....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

khatgrafik said...

Tahniah Malaysia walaupun peluang banyak dilepaskan. Kekalkan prestasi masa menentang Kemboja nanti.

| Lepak Santai |

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget