Menurut sumber, tak lama lagi Perodua akan melancarkan Perodua Myvi Facelift (FL) pada 2011. Di jangkakan model ini akan memasuki pasaran pada April 2011.
Buat masa ini Perodua masih pengeluar kereta no 1 di Malaysia. Apabila Proton melancarkan Proton Saga FL tak kan Perodua masih nak duduk diam di singgahsana pula kan.
Gambar ini berjaya dirakam ketika pandu uji Perodua Myvi Facelift (FL) di Lebuhraya Mahameru baru-baru ini.
Di khabarkan Perodua Myvi Facelift (FL) bakal dikuasakan dengan enjin 1.5 liter DVVT, berbanding 1.3 liter DVVT sekarang ini.
Sekali pandang memang nampak menarik dari belakang hasil rekaan lampu dan bumper yang baru. Untuk bahagian hadapan, saya tak dapat nak komen sebab tak nampak.
Sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari Perodua bilakah Perodua Myvi Facelift (FL) 2011 ini akan memasuki pasaran. Memang tak sabar nak tunggu..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~