Faizal Yusof (pelakon AdaMaya dan bekas suami Siti Nordiana) telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang tadi (1 Jan 2010) di Hospital Pusrawi akibat serangan sakit jantung.
Perkhabaran duka ini dimaklumkan sendiri oleh Siti Nordiana yang kini masih berada di hospital. Allahyarham Faizal Yusof meninggalkan seorang anak berusia dua tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie.
Selepas berpisah dengan Siti Nordiana, Faizal Yusof mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.
Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi ahad.
Semoga roh Allahyarham Faizal Yusof dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
Adios~~~~