Calon Pilihanraya Dun Tenang (N5) Johor 30 Jan 2011 menyaksikan calon BN ialah Azhar Ibrahim manakala calon PAS ialah Normala Sudirman.
Setakat ini, masih tiada calon bebas menawarkan diri untuk bertanding. Kalau ada calon Bebas bertanding pun, persaingan kerusi DUN Tenang masih di antara calon BN dan calon PAS.
Jom kita berkenalan dengan calon yang bertanding iaitu Azahar Ibrahim (BN) dan Normala Sudirman (PAS) :-
Azahar yang dilahirkan di Labis memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993 dan ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Portsmouth.
Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dan sebelum itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Segamat dan Penolong Pentadbir Tanah Kluang.
Calon PAS - Normala Sudirman
Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.
Nampaknya kedua-dua calon pilihanraya DUN Tenang (N5) bukan calang-calang orangnya. Tak kisahlah siapa yang menang nanti, yang penting mereka perlu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Tenang..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~