Aman Shah, 57 (penyanyi dan pelakon tahun 80-an) yang berkhalwat bersama ibu tunggal beranak 2 didenda RM3,000 setiap seorang atau penjara 3 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.
Hukuman itu di jatuhkan selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat pada pukul 12.15 tengah malam, 26 September tahun lalu.
Perbuatan tersebut dilakukan di Blok C1, tingkat 2 unit 5, Presint 15 Fasa 15-12B, Putrajaya. Menurut pegawai pencegah maksiat, pintu rumah tersebut dibuka selepas 23 minit diketuk.
Aman Shah telah pun memohon maaf kepada Allah dan mahkamah atas perkara yang berlaku serta merayu agar tidak dipenjarakan.
Inilah padahnya jika membelakangkan hukum agama dalam membuat sesuatu tindakan. Semoga kes ini menjadi pengajaran buat mereka di luar sana tak kiralah anda artis, ahli politik atau orang biasa..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~