ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia akibat sakit jantung pada jam 8.10 20 Januari 2011 di Hospital Pakar Putra, Melaka.
Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.
Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital sehingga mehembuskan nafas terakhir.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang dan akan disembahyang selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Kerayong sebelum dikebumi di Kampung Chin Chin.
Merlimau merupakan kawasan majoriti Melayu dengan lebih 64% daripada keseluruhan 10,500 pengundi. Selebihnya terdiri daripada 21% pengundi Cina dan 14% pengundi India.
Mohamad Hidhir mengekalkan kerusi berkenaan pada 2008 apabila menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan memperolehi majoriti undi sebanyak 2,154.
Allahyarham yang menjadi Naib Ketua Umno bahagian Jasin sejak 2004 itu, beliau memperolehi majoriti lebih besar sebanyak 5,087 undi dengan menewaskan calon PKR S Jayathas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~