BREAKING NEWS
Dua buah tren monorel terkandas hampir 2 jam di Brickfields kira-kira jam 2 petang tadi (11 Ogos 2012). Tren monorel yang terkandas di Brickfields itu terhenti setelah mengalami kerosakan berhampiran Wisma Monorel di Jalan Tebing, Brickfields.
Seramai 183 penumpang yang terkandas di dalamnya. Tren itu baru bergerak selepas mengambil penumpang di Stesen Tun Sambanthan untuk ke ibu negara.
Tren itu tiba-tiba terhenti, dipercayai hilang kuasa akibat terlebih muatan. Dua penumpang mengalami kecederaan manakala seorang lagi penumpang hamil pengsan.
Penumpang hamil dan penumpang yang tercedera itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami masalah kesukaran bernafas dan cedera ringan ketika operasi menyelamat.
Penumpang hamil dan penumpang yang tercedera itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami masalah kesukaran bernafas dan cedera ringan ketika operasi menyelamat.
Jom kita lihat gambar-gambar yang di ambil dari lokasi kejadian :-
Harap-harap tiada kemalangan jiwa berlaku. Diharapkan selepas ini tiada lagi kejadian sebegini berlaku. Ini boleh memburukkan imej industri pengangkutan awam.
Di samping itu, diharapkan juga pihak RapidKL juga memantau jumlah penumpang dalam tren dalam sesuatu masa. Kalau terlalu ramai memang banyak kejadian boleh berlaku seperti sesak nafas, mencuri, mencabul dan lain-lain kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan dan keselesaan perlu di utamakan...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~