BREAKING NEWS
Kakitangan awam akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500. Bonus kakitangan awam setengah bulan gaji ini diberikan sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 manakala bayaran khas kewangan RM500 diberikan kepada pesara kerajaan.
Pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ini diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bayaran bonus ini akan dibuat pada 9 Ogos 2012 ini.
Untuk rekod, bayaran bonus kakitangan awam kali ini adalah sama dengan bayaran bonus kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 lalu.
Memang untung menjadi penjawat awam, sebelum ini mereka mengalami kenaikan gaji antara 7-13% awal tahun ini, kini dapat pula bonus setengah bulan gaji !
Maklumlah pilihanraya dah dekatkian. Minta apa pun InsyaAllah kerajaan akan tunaikan. Apa-apa pun diharapkan dengan bayaran bonus ini dapatlah penjawat awam membuat persediaan awal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~