Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) telahpun dilancarkan. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ini diilhamkan bagi meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.
Kad diskaun yang diilhamkan pada bulan Mac 2012 ini menawarkan potongan harga antara 5 hingga 60% bagi pelbagai jenis barangan.
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ini diberikan kepada semua penuntut termasuk peringkat sarjana dan doktor falsafah, penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian.
Untuk rekod, sebanyak 51 buah syarikat yang terlibat dalam perniagaan buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk teknologi maklumat (IT), penginapan dan kesihatan berdaftar sebagai pekedai dan syarikat yang menawarkan diskaun kepada pelajar melalui kad diskaun ini.
Kad diskaun tersebut dijangka dapat digunakan semasa sesi akademik bermula pada September ini dan akan hanya diedarkan kepada pelajar tempatan dan buat permulaan, ia akan diberikan untuk pelajar tahun akhir
Yang menariknya, pelajar masih boleh menggunakan kad ini biar pun waktu cuti semester asalkan masih bergelar siswa.
Secara peribadi, saya beranggapan kad diskaun ini mampu membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar kerana kita sedia maklum mahasiswa bukanlah golongan yang mempunyai pendapatan tetap.
Apa yang diharapkan ialah pengeluar kad diskaun ini dapat menyenaraikan kedai dan syarikat yang menawarkan diskaun kepada pemilik kad ini supaya semua siswa dapat memanfaatkan kad ini sepenuhnya..
Apa yang diharapkan ialah pengeluar kad diskaun ini dapat menyenaraikan kedai dan syarikat yang menawarkan diskaun kepada pemilik kad ini supaya semua siswa dapat memanfaatkan kad ini sepenuhnya..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~