Pasti anda semua nak tahu kan waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 2012 / 1433H.
Jom kita terjah waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 1433H / 2012 kali ini.
Kita semua dah sedia maklum tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari sabtu, 21 Julai 2012 @ 1 Ramadhan 1433 Hijrah.
Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru, Datuk Syed Danial Syed Ahmad setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.
Kepada semua yang akan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah di nasihatkan supaya minum air sebanyak mungkin dan makan buah-buahan untuk menampung kehilangan air dalam badan di siang hari.
Apa-apa pun jangan lupa semak jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 1433H/2012 kali ini untuk memudahkan anda mengetahui waktu berbuka dan waktu imsak di tempat anda...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~