Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sudah pun dilancarkan baru-baru ini. Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lokasi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang pertama terletak di Batu 14, Hulu Langat dan dijangkakan sebanyak 30 lagi KKR1M akan dibuka seluruh negara dalam tempoh 2 tahun ini.
Jom kita terjah antara kain yang dijual bersama dengan harga jualannya :-
- Kain batik jacquard dijual dengan harga RM15 berbanding RM35 sepasang di pasaran
- Baju kemeja linen RM45 sehelai berbanding RM79 di pasaran
- Kain satin RM40 sepasang berbanding RM50 di pasaran
Selain keperluan pakaian, kedai ini turut menawarkan barangan lain seperti langsir, kelengkapan sekolah dan kelengkapan bersolat seperti sejadah dan songkok
Untuk rekod terdapat lebih 100 jenis barang ditawarkan di premis ini termasuk kain ela, kain kurung, baju melayu dan kain langsir yang kesemuanya produk tempatan.
Kalau anda mahu melihat dengan lebih dekat Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ini apa kata anda singgah sendiri di kedai ini yang beralamat :-
No 1, Jalan Lagenda Suria,
Taman Lagenda Suria
Batu 14 Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan
Kepada yang berkesempatan tu bolehlah singgah. Mana tahu kan ada kain yang anda berkenan untuk dijadikan langsir atau pakaian raya anda tahun ini...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~