Caj Setem Pos Kad Raya : 50 Sen Sahaja !
Kadar caj setem pos kad raya 2012 ialah hanya 50 sen untuk ke semua destinasi dalam negara. Caj setem pos kad raya 50 sen ini diperkenalkan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengirim lebih banyak kad ucapan kepada sahabat handai dan sanak saudara pada kadar lebih rendah berbanding pos biasa.
Tawaran caj setem pos kad raya 50 sen ini akan bermula 23 Julai 2012 sehingga 16 Feb 2013 meliputi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.
Walaubagaimanapun, kadar caj 50 sen bagi mengepos semua kad ucapan perayaan itu cuma untuk kad tidak melebihi 50 gram ke semua destinasi dalam negara.
Orang ramai di nasihatkan menghantar kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sebelum 13 Ogos ini bagi memastikan kad tiba ke destinasi sebelum Syawal 2012.
Sebenarnya amalan mengirim kad hari raya masih diteruskan sebilangan besar masyarakat walaupun teknologi maklumat dan komunikasi seperti SMS, MMS, e-kad, e-mel dan laman sosial kini menjadi penggerak utama aliran komunikasi semasa.
Sekarang ni dah menjadi trend menjelang detik 1 Syawal, pastinya telefon bimbit kita sekejap-sekejap berbunyi menerima SMS hari raya ataupun menerima aplikasi laman sosial di Facebook atau Twitter dengan grafik yang menarik.
Walaubagaimanapun, masih ada yang beranggapan setiap keping kad yang diterima memiliki lebih nilai sentimental yang tidak dirasai apabila membaca SMS, sekali gus mengingatkan penerima kepada pengirim.
Secara peribadi saya merasakan budaya mengirimkan kad raya kepada keluarga dan rakan karib perlu dikekalkan kerana ia antara budaya yang sepatutnya sentiasa subur kerana mampu mengeratkan lagi hubungan, selain menandakan ketulusan hati kita terhadap seseorang.. Setuju tak ?
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~