Safee Sali sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof dengan talak satu. Safee Sali bercerai dengan isterinya atas persetujuan bersama kedua-dua pihak tidak ada pertikaian dan diselesaikan secara baik dan muafakat.
Penyerang bola sepak negara dan kapten kelab Petita Jaya Indonesia itu melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Fouzi Mokhtar semasa satu prosiding tertutup.
Hak penjagaan kedua-dua anak perempuan hasil perkahwinan pasangan itu pada 2007, Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Sorfina, setahun diserahkan kepada Sabarina.
Safee Sali yang hadir ke mahkamah berpakaian serba gelap termasuk songkok dan kaca mata hitam bergegas meninggalkan mahkamah sejurus selepas prosiding selesai.
Diharapkan Safee Sali tabah menghadapi dugaan hidup ini dan semoga apa yang terjadi ini tidak menjejaskan karier beliau dan dapat terus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~