Semasa bertugas semalam, saya di datangi seorang staff dari Hotel Blue Wave Shah Alam. Ingatkan beliau ada urusan hendak dilakukan di pejabat saya tetapi rupa-rupanya beliau nak berikan 5 kupon kek percuma kepada 5 staff pejabat saya yang bertuah.
Sebagai wakil syarikat, saya menerima 5 kupon yang diperuntukkan kepada syarikat. Kupon percuma ini turut diberikan kepada pejabat-pejabat sekitar Hotel Blue Wave Shah Alam.
Rupa-rupanya Hotel ini meraikan ulangtahun penubuhannya yang ke 12 maka sebagai menghargai sokongan masyarakat sekitar, Hotel ini memberikan kupon untuk sepotong kek untuk 100 orang yang bertuah.
Kupon ini sah pada 17 April 2012 dari 12 tengahari hingga 2.30 petang sementara stok masih ada. Oleh itu kena datang awal lah kalau datang lambat bimbang habis pula. Memandangkan pejabat hanya berhadapan dengan Hotel ini maka senanglah nak redeem kupon ini nanti.
InsyaAllah nanti akan saya kongsikan di sini rupa kek percuma ini di bila dah redeem kek ini nanti. Apa-apa pun terima kasih kepada Hotel Blue Wave Shah Alam yang memberikan kek ini secara percuma ! ...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~