Jersi baru Chelsea musim 2012/2013 (home) sudahpun dilancarkan baru-baru ini. Jersi utama baru Chelsea 2012/2013 ini menggabungkan warna biru sebagai warna rasmi Chelsea dan warna emas yang melambangkan sambutan tahun sukan 2012 di London.
Warna emas ini mengambil tempat menggantikan warna putih pada '3 stripes Adidas', emblem Chelsea dan logo Samsung di bahagian depan jersi baru ini.
Jom kita lihat jersi baru Chelsea ini dengan lebih dekat :-
Kolar jersi baru ini berbentuk round neck sama seperti jersi Chelsea musim 2011/2012. Namun yang menampakkan perbezaannya ialah terdapatnya jalur emas pada belakang round neck dan juga bahagian lengan.
Design ini juga dipraktikkan pada seluar dan stokin untuk musim baru ini yang menampilkan '3 stripes Adidas' berwarna emas pada warna rasmi Chelsea.
Jom kita lihat dengan lebih dekat material yang digunakan untuk kit Chelsea musim 2012/2013 ini :-
Untuk jersi kali ini, Adidas menggunakan teknologi Techfit™ yang telah terbukti dapat meningkatkan prestasi pemain dari aspek kelajuan dan daya tahan lasak di mana Adidas memberi tumpuan pada permukaan otot untuk menjana daya pecutan yang berterusan dan mengoptimumkan tenaga.
Teknologi Climacool™ iaitu gabungan material yang mengawal kelembapan dan kepanasan berfungsi memudahkan pengaliran udara ke kulit terutamanya pada zon anggota badan yang mengalami kepanasan.
Inilah pula jersi baru untuk penjaga gol Chelsea, Petr Cech :-
Untuk musim 2012/2013 ini, jersinya adalah hijau dan emas berbanding jersi 2011/2012 yang berwarna putih berjalur hitam. Jersi putih berjalur hitam ini bakal di jadikan jersi kedua (away) untuk penjaga gol Chelsea.
Menurut sumber, jersi ini dilancarkan awal sebelum berakhirnya liga kerana mahu melupakan kenangan jersi musim 2011/2012 di mana Chelsea mengalami kemerosotan prestasi di bawah bimbingan Andre Villas Boas yang akhirnya dipecat.
Semoga dengan pelancaran jersi baru ini dapat menaikkan semangat pemain Chelsea untuk memberikan yang TERBAIK untuk musim akan datang nanti......
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~~