Akhirnya Proton Prevé sudah dilancarkan pada 16 April 2012. Proton Prevé ini dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dipanggil Prevé (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan, sedan segmen C itu disifatkan sebagai model global buat Proton meneroka pasaran luar negara.
Untuk rekod, Prevé pada awalnya dikenali sebagai P3-21A. Kemunculannya sudah lama ditunggu-tunggu. Rasa tahu orang kian memuncak apabila ada sahaja 'gambar-gambar curi' disiarkan di laman-laman web pemotoran terkenal tempatan.
Jom kita lihat gambaran model baru Proton ini dari depan :-
Model sedan ini ditawarkan dalam 3 varian menerusi 2 pilihan enjin dan 3 jenis transmisi. Varian tertinggi ialah model Premium yang dipasang dengan enjin 1.6 liter CFE, iaitu enjin sama pada model Exora Bold.
Proton turut menawarkan varian 1.6 Executive CVT (VT2 enam kelajuan) dan 1.6 Executive bertransmisi manual 5 kelajuan. Enjin yang digunakan pula ialah Campro IAFM, sama seperti yang ada pada model Saga 1.6.
Enjin dengan sistem 'soft turbo' menawarkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. Lebih tepat lagi, ia mampu mencecah kuasa 138hp dan tork puncak 205Nm.
Lebih menarik, enjin itu dipadankan dengan transmisi Protronic CVT tujuh kelajuan. Transmisi VT3 itu turut diberikan paddle shifter untuk membenarkan pemandu menukar gear secara manual.
Kalau hendak melihat dari segi prestasi, padanan tersebut membolehkan Prevé mencapai kelajuan maksimum 190 kilometer sejam (km/j). Sementara tempoh sedan itu untuk sampai ke kelajuan 100km/j dari kedudukan statik adalah 9.6 saat. Menyentuh aspek penggunaan bahan api pula, Proton mendakwa varian Prevé berenjin CFE ialah 6.6 liter bagi setiap 100km
Meninjau ke ruang kabin, Prevé menggunakan warna hitam sebagai temanya. Papan pemuka, stereng, fabrik tempat duduk dan panel sisi diberi warna hitam, di sebalik kemasan kayu dan calitan warna perak pada konsol tengahnya.
Bagi mereka yang memilih varian dengan enjin CFE, anda pasti berpuas hati dengan semua ciri yang ada pada kokpit Prevé.
Senarainya bolehlah dimulakan dengan butang Start/Stop, pemain cakera padat bersama sambungan Bluetooh, USB dan iPod, selain lampu hadapan, penggilap cermin dan pendingin hawa yang dikawal secara automatik. Tidak terkecuali, unit navigasi dengan skrin sentuh.
Ciri keselamatan yang ditawarkan untuk model ini ialah kerangka yang diperkukuh diberi nama RESS (Reinforced Safety Structure) , dua beg udara, sistem brek ABS, EBD, malah BA (brake Assist), kawalan cengkaman (traction control) Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX untuk varian Premium.
Jangan lupa juga bahawa Prevé mendapat penarafan lima bintang daripada Malaysian Vehicle Assessment Programme (MyVAP).
Formula model Proton baru ini senang sahaja, gabungkan sebanyak mungkin ciri yang boleh dan tawarkan pada harga lebih murah berbanding pesaing sekelasnya. Secara tidak langsung, pembeli akan menilai kereta ini sebagai berbaloi untuk dimiliki seperti apa yang dilakukan oleh Kia dan Hyundai.
Prevé ditawarkan pada harga bermula RM RM59,540 hingga RM72,990 seunit bergantung kepada varian. Anda boleh memilih salah satu daripada enam warna yang ditawarkan iaitu hitam, putih, biru, merah, perak dan coklat.
Proton boleh dianggap berada di landasan yang betul untuk dipandang lebih serius sebagai pengeluar kenderaan berpengaruh. Sekurang-kurangnya di rantau ini. Namun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.
Cabaran utama Proton pastinya untuk menghilangkan saki-baki rasa skeptikal pengguna terhadap kereta keluarannya. Paling tidak pun, membuatkan kelompok yang gemar mengutuk dan menghentam apa jua yang keluar daripada kilang Proton terdiam serta menutup mulut mereka....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~