Ini bermakna gaji minimum kebangsaan bagi pekerja swasta sebanyak RM4.33 sejam (RM900 sebulan) untuk Semenanjung dan Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM3.85 sejam (RM800 sebulan).
Gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.
Pelaksanaan gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Pelaksanaan gaji minimum ini berkuat kuasa 6 bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.
Apa pendapat anda kadar gaji minimum ini ? Cukup ke untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat terutamanya di bandar?
Sebelum ini ramai yang meminta menuntut gaji minimum antara RM1200 dan RM1500 namun ia tidak dapat dilaksanakan kerajaan atas alasan ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.
Secara peribadi saya merasakan yang gaji minimum ini tidak mencukupi untuk menampung kos sara rakyat yang meningkat namun memahami yang kerajaan perlu menjaga kepentingan syarikat-syarikat kecil yang berkemungkinan akan 'gulung tikar' jika mereka perlu membayar sekitar RM1200 dan RM1500 untuk setiap pekerja setiap bulan.
Namun begitu saya berpendapat peranan kerajaan amat ditagih bagi memastikan kenaikan harga barang dapat dibendung bagi mengelakkan golongan berpendapatan rendah tidak merasai kesannya di samping memberi latihan intensif kepada pekerja untuk meningkat kemahiran sekaligus mendapat jawatan dan pekerjaan yang lebih baik dan memperoleh gaji yang lebih lumayan....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~