Senarai orang terkaya di Malaysia 2012 telah pun di umumkan baru-baru ini. Senarai orang terkaya di Malaysia 2012 ini telah di keluarkan oleh Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.
Menurut Malaysian Business, aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012.
Secara amnya, gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7% berbanding RM206.37 bilion setahun lepas. Kemorosotan ini adalah akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.
Jom kita terjah Senarai orang terkaya di Malaysia 2012 :-
Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8%, diikuti T Ananda Krishnan dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat ke 4 dengan kekayaan bernilai RM11.36 bilion manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat ke 5 dengan kekayaan sebanyak RM9.53 bilion.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat ke 6, dengan aset merosot 25% kepada RM8 bilion.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ke 7 dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.
Puan Sri Lee Kim Hua di tangga ke 8 dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11%. Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat ke 9 dan 10.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Melihat kepada senarai ini, agak menyedihkan kerana hanya 3 orang melayu sahaja berada dalam senarai 20 orang terkaya di Malaysia. Di harapkan selepas ini ada inisiatif berterusan dari pihak kerajaan bagi memastikan orang melayu menjadi penggerak utama ekonomi Malaysia dan pengagihan kekayaan mestilah seimbang untuk setiap kaum di Malaysia...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~