Hamster penyebar virus kencing tikus? Mungkin anda terkejut dengan dakwaan ini kan. Namun semua pemilik hamster perlu berwaspada kerana virus air kencing tikus (Leptospirosis) boleh berjangkit kepada mereka dan boleh membawa maut.
Dakwaan ini ada asasnya apabila timbulnya kes seorang mangsa yang memelihara hamster dipercayai telah diserang virus itu (nama mangsa terpaksa dirahsiakan).
2 belah tangan serta 2 belah kaki mangsa terpaksa dipotong setelah dipercayai ada kaitan dengan virus air kencing tikus.
Memang berita ini agak mengejutkan kerana sebelum ini kita banyak dihidangkan di dada akhbar tentang virus kencing tikus yang merebak terutamanya di kawasan perkampungan orang asli dan sekitar air terjun. Kes penyebaran virus melalui hamster belum pernah kita dengar lagi.
Tak sangka sekarang ini pula hamster juga kini dikaitkan dengan penyebaran virus ini. Diharapkan Kementerian Kesihatan supaya segera membuat pemantauan mengenai hobi pemelihara hamster bagi memastikan haiwan itu tidak menyebarkan virus yang berbahaya.
Bagi yang memelihara hamster tu, adalah anda elakkan dari memegang terus hamster tanpa melapik tangan buat masa ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Kita tunggu dulu kenyataan dari Kementerian mengenai perkara ini...
Velasrizal Rodiguez
Adios~~~~~~