Cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam jatuh pada 6 & 7 Februari 2012. Ini bermakna rakyat Malaysia akan bercuti panjang iaitu kira-kira 4 hari bermula dari sabtu 4 Februari 2012 - 7 Februari 2012.
Sebenarnya Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W) jatuh pada 5 Februari 2012 (12 Rabiulawal 1433) iaitu pada hari ahad. Memandangkan ahad adalah cuti hujung minggu maka cuti Maulidur Rasul di bawa ke hari isnin 6 Februari 2012.
Manakala Thaipusam pula jatuh pada selasa 7 Februari 2012 maka hari perayaan itu di isytiharkan sebagai cuti umum.
Sempena cuti panjang ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kendara dan majlis perkahwinan.
Tak kurang juga ada yang mahu mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga di destinasi-destinasi perlancongan yang ada di seluruh Malaysia.
Bagi warga Kuala Lumpur yang tidak ke mana-mana sempena cuti panjang ini apa kata anda melawat Taman-taman awam di Kuala Lumpur. Selain dapat beriadah anda juga dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga atau sahabat handai.
Selamat Bercuti. Hati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang !
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~