Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Tonton Bini-Biniku Gangster Online Di Youtube



Buat semua peminat-peminat filem melayu, kini anda boleh tonton filem Bini-Biniku Gangster online di Youtube. Filem ini ditayangkan di pawangam pada 22 September 2011 baru-baru ini.


Kini filem terbitan Metrowealth ini sudah pun tamat tempoh tayangannya di pawagam. Kalau nak tonton filem Bini-Biniku Gangster ini perlu langgan di Astro First atau pun beli sahaja DVD (kalau original tak pasti dah keluar atau belum, yang pasti cetak rompak dah banyak jual kat pasar malam)


Bagi yang sengkek duit macam admin, bolehlah tonton filem Bini-Biniku Gangster (full movie) online di Youtube sahaja. Tak pasti sejak bila filem ini di upload di Youtube.


Jom ramai-ramai tonton filem filem Bini-Biniku Gangster online di Youtube. Klik button play pada video di bawah ini :-





Sejak akhir-akhir ini banyak filem melayu yang ditayangkan pada tahun 2011 telah banyak di upload di Youtube antaranya Kongsi, Hantu Bonceng, Damping Malam, Flat 3A, Sekali Lagi dan lain-lain.


Apa yang admin tahu, kalau nak upload di Youtube video perlu pada tahap resolusi yang dibenarkan dan video yang di upload durasinya tak lebih 30 minit (bergantung kepada resolusinya juga). 


Tak tahu bagaimana filem yang selalu resolusi dan durasi videonya besar boleh di upload di Youtube. Atau mungkin resolusi videonya sudah dikurangkan sehingga ke tahap yang dibenarkan. 


Bila ada individu yang upload filem-filem ini di Youtube sememangnya ini 1 perkembangan tidak sihat untuk industri filem apabila orang akan menonton di Youtube sekaligus mengurangkan jumlah kutipan filem di pawagam ataupun jualan DVD. 


Namun secara peribadi, jika sesuatu filem itu berkualiti orang sanggup membeli DVD atau menonton di pawagam berulangkali bagi menghargai karya yang bermutu walaupun sudah menonton di Youtube. Oleh itu, pengusaha filem tempatan tidak perlulah khuatir dengan fenomena ini..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Sandokhan said...

kalo betul kualiti, keluar kat YouTube pun orang sanggup beli Ori lagi, ye dok?

JMR said...

lebih berbaloi tgk kt cinema kalo btol citer tu berkualiti..

Noor Fatin said...

dah tengok kat cinema, tengok lagi kat youtube. hehehe

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget