KEPUTUSAN PENUH : OLIMPIK MALAYSIA 4-2 SELANGOR
PERLAWANAN PERSAHABATAN 6 OKTOBER 2011
Keputusan perlawanan Olimpik Malaysia VS Selangor live 6 Oktober 2011 perlawanan persahabatan menyaksikan Olimpik Malaysia (Harimau Muda) menundukkan juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor 4-2.
Perlawanan persahabatan yang di adakan di Wisma FAM ini adalah persiapan buat skuad Olimpik Malaysia yang akan beraksi dalam Sukan Sea di Indonesia November nanti.
Manakala bagi Selangor, perlawanan ini adalah sebagai persiapan menentang Perak dalam Suku Akhir Piala Malaysia 10 Oktober 2011 ini di samping menguji pemain import baru dari Korea Selatan.
Gol Olimpik Malaysia dijaringkan oleh Savidran dan Tamil Arasu menerusi sepakan penalti. Harimau Muda mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. 2 Gol lagi sumbangan See Kok Luen dan Hazwan Bakri.
Gol Selangor pula dijaringkan oleh Azidan Saruddin minit ke 60 dan K. Depan minit ke 82. Majoriti pemain yang Ong Kim Swee turunkan adalah di bawah 22 tahun.
Keputusan Olimpik Malaysia VS Selangor ini pastinya menggembirakan Ong Kim Swee kerana beberapa perlawanan sebelum ini Harimau Muda GAGAL menjaringkan sebarang gol.
Bagi Selangor pula, keputusan Olimpik Malaysia VS Selangor ini pastinya mencetuskan kebimbangan skuad P. Maniam yang akan menentang Perak nanti dalam misi membawa pulang Piala Malaysia untuk kali ke 33.
Apa-apa buat semua peminat bolasepak, jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan Malaysia VS Australia 7 Oktober 2011 yang berlangsung di Stadium Canberra. Perlawanan ini akan bersiaran langsung (live) di Astro Arena jam 5 petang...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~