Walaupun berdepan dengan banyak bantahan penyokong bolasepak, harga tiket Final (akhir) Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu tetap dijual RM50 !
Ternyata pendirian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak dari keputusannya. Pihak FAM tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.
Menurut Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain.
Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.
Kenyataan Datuk Azzuddin Ahmad ini bolehlah di lihat mencabar penyokong-penyokong bolasepak yang selama ini menjadi tulang belakang kebangkitan bolasepak Malaysia akhir-akhir ini.
Perlu di ingat tanpa penyokong, tak mungkin ada pihak mahu menaja pasukan bolasepak di Malaysia. Tanpa penaja bagaimana hendak membayar gaji pemain ? Asas kejayaan sesebuah pasukan bolasepak sebenarnya adalah PENYOKONG itu sendiri.
Tindakan menaikkan harga tiket Final (akhir) Piala Malaysia 2011menimbulkan persoalan apakah sukan bola sepak di Malaysia milik mutlak FAM dan suku-sakat mereka yang ada di dalam persatuan peringkat negeri?
Apakah penganjur perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini memberikan perkhidmatan ‘extra’ yang lebih baik kepada penonton di stadium?
Untuk menaikkan harga tiket sebegitu tinggi, FAM mestilah membuat justifikasi yang berpatutan agar penonton rasa berbaloi membayar tiket dengan harga yang tinggi
Harga tiket itu juga nyata tidak mencerminkan gagasan Rakyat Didahulukan. Ia lebih mencerminkan kantung FAM yang didahulukan.
Jangan terkejut jika selepas stadium kosong kerana ramai yang tidak turun menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium gara-gara memboikot kenaikan harga tiket Final (akhir) Piala Malaysia 2011 kali ini. Pakat-pakat kita tengok di TV sahaja. Tengok di TV tak bermakna kita tak patriotik dan tak menyokong bolasepak Malaysia...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~