Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



LATEST UPDATE :- 



Inilah dia keputusan penuh perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2011:- 




Nampaknya 2 pasukan pelawat iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan mempunyai peluang cerah untuk layak ke Final setelah menewaskan lawan masing-masing di halaman pihak lawan.


Selangor seperti tidak ada jawapan ke atas kemantapan persembahan Terengganu dalam 90 minit perlawanan apabila gagal menjaringkan gol di samping membenarkan Terengganu membawa pulang dengan agrregat 2 gol. 


Jika Selangor ingin layak ke final Piala Malaysia 2011, Selangor perlu menang 3-0 dalam perlawanan timbal balik di Kuala Terengganu nanti bagi menafikan kelebihan 2 gol Terengganu di Shah Alam.


Negeri Sembilan pula pulang bergaya setelah menewaskan T-Team 2-4 di Kuala Terengganu. T-Team perlu menjaringkan 3 gol di perlawanan timbal balik di Paroi nanti sambil tidak membenarkan sebarang gol di bolosi jika mahu beraksi di Final nanti. 


Jika T-Team dan Selangor tidak mampu mengubah kedudukan secara aggregat di perlawanan second leg nanti maka Terengganu dan Negeri Sembilan akan beraksi di pentas Final Piala Malaysia 2011.



PREVIOUS ENTRY 


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan separuh akhir Piala Malaysia 18 Oktober 2011 yang melibatkan perlawanan antara :- 




Untuk rekod, perlawanan pertama (first leg) di adakan pada 18th October 2011 manakala perlawanan kedua (second leg) ialah pada 22nd Oktober 2011.


Siaran langsung (live) di kaca TV ialah perlawanan antara Selangor VS Terengganu di TV1 manakala perlawanan T-Team VS Negeri Sembilan bersiaran langsung di saluran 801 Astro Arena jam 8.45 malam.


Perlawanan tumpuan separuh akhir ini pastinya perlawanan Selangor VS Terengganu di mana Terengganu telah mencipta kejutan menyingkirkan Kelantan di suku akhir manakala Selangor pula semakin mantap di bawah jurulatih baru, P. Maniam.


T-Team pula melayan Negeri Sembilan di Kuala Terengganu. Walaupun ramai yang menjangkan Negeri Sembilan akan mara ke final namun keupayaan T-Team ini tidak boleh di pandang sepi memandangkan T-Team kini berstatus pasukan kelab paling kuat setakat ini.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan-perlawanan malam ini yang di jangkakan sengit. Keputusan  / result  Selangor VS Terengganu dan T-Team VS Negeri Sembilan live 18 Oktober 2011 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

NOOR FATIN said...

xtgk bola pn malam ni ;D

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget