Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Ujibakat Raja Lawak 6 : Tarikh Dan Lokasi Ujibakat



TARIKH DAN LOKASI UJIBAKAT RAJA LAWAK ASTRO MUSIM KE  6 : 


Program realiti TV Raja Lawak kini kembali. Ujibakat Raja Lawak Untuk musim ke 6 akan di adakan di lokasi-lokasi seluruh negara bermula pada tarikh 8 Oktober - 20 November 2011. 


Program ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi 3 orang. Kriterianya, peserta perlu berani, mempunyai banyak idea untuk diketengahkan dan mempunyai sifat semula jadi yang disenangi orang lain.


Ujibakat Raja Lawak 6 ini terbuka kepada seluruh rakyat negara ini yang berumur 18 tahun ke atas. Mereka perlu membuat persembahan secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh tidak melebihi daripada 3 minit.


Sementara itu, Johan dan Zizan Raja Lawak akan kekal menjadi pengacara Raja Lawak 6 ini. Ini bermakna gandingan ini sudah 5 tahun mengacarakan Raja Lawak.




Yang tak bestnya Raja Lawak musim ke 6 yang dijangka ditayangkan pada 2012 ini akan bersiaran langsung (live) di Astro Warna saluran 132 berbanding sebelum ini yang ditayangkan di Astro Prima saluran 105.


Ini bermakna kepada mereka yang mahu menonton Raja Lawak 6 maka mereka perlu melanggan pakej Mustika pula.  


Apa-apa pun, tarikh dan lokasi Raja Lawak musim ke 6 adalah seperti berikut :- 


  • Sarawak - Godown AmphiTheater Kuching Waterfront, 8 hingga 9 Oktober 2011
  • Sabah - 1 Borneo Kota Kinabalu , 15 hingga 16 Oktober 2011
  • Pulau Pinang - Prangin Mall, 22 hingga 23 Oktober 2011
  • Pahang - Kuantan Berjaya Mega Mall, 29 hingga 30 Oktober 2011
  • Selangor - SACC Mall, Shah Alam 12 hingga 13 November 2011
  • Johor - Plaza Angsana Johor Bahru, 19 hingga 20 November 2011


Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.


Kalau anda rasa anda ada bakat dalam berlawak jangan lupa hadirkan diri anda ke lokasi yang telah dinyatakan untuk menyertai ujibakat Raja Lawak Musim Ke 6. Anda mungkin juara baru yang Raja Lawak yang rakyat Malaysia nantikan!



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Zura said...

nak masuklah...hahaha

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget