Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru ke 14 berkuatkuasa pada 13 Disember 2011 untuk tempoh 5 tahun setelah di persetujui oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya. 


Sultan Kedah Sultan Abdul Halim yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang ke 2 dalam sejarah pemerintahan baginda.


Untuk rekod, kali pertama Sultan Kedah Sultan Abdul Halim menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 5.


Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.




Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.


Sultan Kedah Sultan Abdul Halimn adalah lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam dan baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950 an.


Sementara itu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama.


Tahniah buat Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru ke 14. Daulat Tuanku ! Semoga Malaysaia lebih makmur di bawah naungan Tuanku.. 




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Zura Tahir said...

mmg sejarah..panjang umur dia erk..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget