Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




Ramai dah sedia maklum bahawa bahawa Dewan Rakyat telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi penambahbaikan dalam sistem pilihan raya di negara ini.


Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen ini diwujudkan hasil pembongkaran demi pembongkaran yang membayangkan wujudnya konspirasi antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terutamanya dalam soal pengundi hantu, nama bertindih, pengundi warga asing, pengundi tanpa rekod di JPN sehingga kini masih tidak dapat dijawab secara oleh pihak-pihak berkenaan.


Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen ini diperuntukan masa 6 bulan bagi mengemukakan cadangan memperkasakan sistem pilihan raya di negara ini.


Inilah dia senarai ahli Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi mencadangkan pembaharuan dalam sistem pilihan raya di Malaysia :





5 ahli Jawatankuasa ini adalah dari Barisan Nasional (BN) iaitu setiap seorang mewakili kaum utama di Malaysia. Dr Maximus dilantik sebagai wakil Sabah dan Kadazan), Alexander Nanta (wakil bagi Sarawak dan Iban), Radzi (wakil Umno dan Melayu), Dr Fong (wakil MCA dan Cina) serta Kamalanathan (wakil MIC dan India).


Manakala 3 wakil dari Pakatan Rakyat mewakili 3 parti utama dalam Pakatan Rakyat iaitu Azmin Ali (PKR), Dr Hatta Ramli (PAS) dan Anthony Loke (DAP).


Apa yang di harapkan adalah kesemua ahli Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen ini melaksanakan tugas sebaik mungkin bagi mencadangkan pembaharuan dalam sistem pilihan raya di Malaysia supaya adil, saksama dan bebas sepenuhnya.


Namun apa yang lebih penting biarlah jawatankuasa ini selesai menyiapkan kertas cadangan untuk menambahbaik sistem pilihanraya barulah di adakan Pilihan Raya ke 13 kerana jika pilihanraya di adakan terlebih dahulu maka jawatankuasa ini akan terbatal dengan sendirinya maka tiada gunanya jawatankuasa ini dibentuk. Nampak macam tidak ikhlas pula jawatankuasa ini dibentuk...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sandokhan said...

teringin aku nak komen, tapi bab2 politik nie...pengetahuan aku hancus.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget