Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melancarkan Mykad baru mulai Januari 2012 yang telah dipertingkatkan tahap kualiti dan ciri-ciri keselamatan.
Di percayai MyKad baru itu mampu menangani permasalahan yang sering dibangkitkan sebelum ini antaranya isu pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.
Inilah dia ciri-ciri yang ada pada MyKad baru yang akan dikeluarkan pada Januari 2012 :-
- Diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan
- Menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad
- Perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan
- Cip yang telah diuji kualiti ketahanannya
Memang sebelum ini banyak aduan dari orang awam berhubung tahap kualiti MyKad yang diguna pakai sekarang terutamanya dari aspek kualiti dan kepelbagaian penggunaan myKad.
Kepada semua rakyat Malaysia, kita tidak diwajibkan menukar kepada MyKad baru buat masa tetapi boleh berbuat demikian dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang pertama kali membuatnya.
Jadi tidak perlu kita khuatir dengan pelancaran MyKad baru 2012 ini. Jika kita semua di arahkan untuk menukar kepada kad yang baru, pihak kementerian akan memaklumkan kepada kita semua melalui media massa dan media elektronik...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~