MUAMMAR GADDAFI MATI DIBUNUH !
BREAKING NEWS
Pemimpin Libya Muammar Gaddafi telah mati terbunuh akibat kecederaan teruk yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte, Libya.
Muammar Gaddafi mati terbunuh akibat terkena tembakan di kepalanya. Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan beliau mati. Perkara ini disahkan oleh pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Selepas Muamar Gaddafi disahkan mati dibunuh, tentera pemberontak mendedahkan anak pemimpin itu Mo’tassim turut diberkas dalam pertempuran di Sirte.
Jom kita tonton video bukti Muamar Gaddafi mati dibunuh :-
Ini menjadikan semua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan pejuang revolusi .
Serangan terakhir bermula jam 8 pagi bertujuan mengambil alih baki lokasi yang masih dipertahankan penyokong kuat Gaddafi sebelum ia berakhir dalam tempoh 90 minit kemudian.
Sebelum serangan itu, 5 kenderaan yang dipenuhi dengan penyokong Gaddafi kelihatan cuba melarikan diri menerusi laluan lebuh raya.
Bagaimanapun, mereka terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang revolusi negara itu, sebelum operasi mencari baki pejuang Gaddafi yang masih bersembunyi diteruskan.
Untuk rekod, Gaddafi dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung dakwaan membunuh sejumlah orang awam.
Rejim pemerintahannya tumbang pada 23 Ogos lalu selepas memerintah selama 42 tahun di negara yang kaya dengan minyak itu.
Gaddafi menjadi pemimpin Libya selepas dia melakukan rampasan kuasa tentera semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara pada tahun 1969.
Kebangkitan di Libya untuk menumbangkan Gaddafi bermula di bandar Benghazi menerusi tunjuk perasaan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya pada Februari lalu.
Tunjuk perasaan itu mendapat ilham daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir sehingga mengakibatkan kedua-dua pemimpin di negara berkenaan tidak lagi berkuasa.
Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran dalam kalangan penduduk yang membentuk kumpulan pejuang menentang Gaddafi.
Kematian Gaddafi itu menyebabkan NTC kini menguasai sepenuhnya Libya selepas mereka bertempur selama lapan bulan.
Semoga dengan berakhirnya riwayat diktator Muamar Gaddafi ini, Libya dapat membentuk semula kerajaan baru yang lebih adil, berintegriti, telus dan mengamalkan demokrasi. Apa yang penting ialah mengelakkan campur tangan negara asing dalam kerajaan baru Libya.....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~