Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Keputusan Undian Playoff EURO 2012



KEPUTUSAN UNDIAN PLAYOFF EURO 2012


Sebentar tadi telah di adakan majlis undian Playoff EURO 2012 berlangsung di Krakow, Poland. Sebanyak 8 pasukan telah layak ke pusingan Playoff EURO 2012.


4 negara yang menang dalam perlawanan playoff EURO 2012 ini akan menyertai 10 pasukan yang sudah layak iaitu Jerman, Russia, Itali, Belanda, Greece, England, Denmark, Perancis, Sweden dan juara bertahan, Sepanyol serta 2 negara tuan rumah bersama, Poland dan Ukraine yang layak automatik.


Jom kita terjah keputusan undian Playoff EURO 2012 :-

  • Turki VS Croatia
  • Estonia VS Republik Ireland
  • Republik Czech VS Montenegro
  • Bosnia VS Portugal

Perlawanan pertama akan berlangsung 11 dan 12 November depan disusuli perlawanan kedua pada 15 November depan.


Undian kumpulan membabitkan 16 pasukan tersebut akan berlangsung di Kiev pada 2 Disember depan dan pusingan akhir EURO 2012 itu akan bermula 8 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012.


Untuk rekod EURO 2012 merupakan edisi terakhir yang menampilkan 16 pasukan terbaik di pusingan akhir kerana formatnya akan diubah kepada 24 pasukan terbaik bermula pada Euro 2016 di Perancis. 
 
 
Melihat kepada keputusan undian playoff EURO 2012 ini, perlawanan tumpuan pastinya pertemuan antara Bosnia VS Portugal dan Turki VS Croatia. Kepada semua peminat bolasepak, jangan lepaskan bagi menyaksikan perlawanan yang menarik ini...



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

kita nantikan games ni

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget