Diskaun tol sempena Deepavali 2011 di tawarkan oleh sebanyak 25 lebuh raya di seluruh negara pada 26 Oktober 2011. Selain diskaun tol, rebat juga di berikan kepada pengguna lebuhraya.
Diskaun tol antara 5% - 37.5% sempena perayaan Deepavali adalah sebagai tanda penghargaan kepada ke semua pengguna lebuh raya.
Jom kita terjah lebuhraya manakah yang menawarkan diskaun tol sempena Deepavali 2011 ini :-
Rebat 20% (Touch N Go & Smart Tag) kepada pengguna kelas 1 pada 26 Oktober 2011 & 10% kepada pengguna kelas 1 pada 28 Oktober 2011
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite)
- Lebuhraya Kulim-Butterworth
- Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
* Tidak termasuk Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang.
Diskaun 60 sen untuk semua kelas pada 26 Oktober 2011
- Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
Diskaun 20 sen untuk semua kelas pada 26 Oktober 2011
- Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint)
Diskaun 20% pada 26 Oktober 2011
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
- Lebuhraya Shah Alam-Kuang (Guthrie)
- Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) (semua kelas)
- Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) (pengguna kelas satu sahaja)
Diskaun 10% pada 26 Oktober 2011
- Lebuhraya Smart (semua kelas)
- Lebuhraya Shah Alam (Kesas) (kelas satu sahaja)
- Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) (semua kelas)
- Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) (semua kelas)
- Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP) (semua kelas)
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE) (kelas satu sahaja)
- Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) (kelas satu sahaja)
- Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) (kelas satu sahaja)
Diskaun 10% (Touch n Go dan Smart Tag) kelas satu pada 26 Oktober 2011
- Lebuhraya KL-Karak (KLK)
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
- Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), .
Diskaun 10% untuk semua kelas mulai 25 Okt 2011 11 malam - 26 Okt 2011 8 pagi
- Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)
Diskaun sebanyak 5% untuk semua kelas pada 26 Oktober 2011
- Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Semoga dengan adanya diskaun tol Deepavali 2011 ini sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban rakyat yang kian di himpit kos sara hidup yang tinggi sejak akhir-akhir ini.
Kepada semua pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk memilih masa yang sesuai bagi memulakan perjalanan sempena musim perayaan ini, memandangkan kadar pengguna lebuh raya yang dijangka meningkat.
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~