Duit raya peneroka Felda untuk 2012 ialah RM400 seorang. Pemberian wang raya peneroka Felda telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad 29 Julai 2012.
Manakala peneroka yang tidak bersama Felda (tidak menjual hasil tanaman kepada Felda) akan menerima RM200 seorang.
Untuk rekod, pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini berjumlah RM43.2 juta, bertambah RM0.6 juta atau 1.39% berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta.
Sebelum ini Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian setengah bulan bonus atau minimum RM500 buat kakitangan awam dan pesara Hari Raya Aidilfitri 2012.
Semoga pemberian duit raya ini dapat membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya peneroka Felda. Lepas ini agensi manakah pula yang mahu menuntut bonus atau duit raya dari kerajaan? Jika ada, jangan malu dan segan kerana kerajaan akan sedaya upaya memenuhi permintaan maklumlah pilihanraya dah dekat....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~