Baru-baru ini Proton telah memperkenalkan model baru Proton R3 Satria Neo 2011 untuk dijual dalam bilangan terhad. Model Proton R3 Satria Neo 2011 ini berharga RM79,797 (MT Metalik)
Proton R3 Satria Neo 2011 ini boleh didapati melalui tempahan serta merta di semua bilik pameran Proton Edar di Semenanjung Malaysia.
Warna hitam di hadapan, kanan, kiri dan belakang Proton R3 Satria Neo 2011 menyerlahkan kegarangan model ini. Yuran tempahan ialah RM2,000 dan pelanggan awal akan dijemput ke acara pelancaran.
Permukaan dashboard dan meter model ini nampak simple sesuai dengan imej kereta perlumbaan idaman. Walaupun begitu ciri-ciri keselamatan tetap di utamakan seperti air bag.
Model Proton R3 Satria Neo 2011 ditawarkan dalam warna "Fire Red" dengan bumbung bercat hitam, dan mempunyai bentuk luaran yang berbeza daripada model-model sebelumnya.
Proton R3 Satria Neo 2011 ini dilengkapi naik taraf Peringkat 2 kepada enjin standard 1.6 liter CAMPRO S4PH dan mempunyai brek kuasa kuda 145 pada 7,000 rpm dan kuasa terjahan 168 nM pada 5,000 rpm.
Bagi mereka yang masih mencari-cari kereta idaman untuk dimiliki, mungkin Proton R3 Satria Neo 2011 inilah jawapannya. Rasanya harganya berpatutan dengan ciri-cir yang di tawarkan..
Tepuk dada tanya selera...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~