Nampaknya Kuala Lumpur bakal mempunyai 1 mercu tanda baru iaitu Jejantas dari KLCC Ke Hotel Impiana, Jalan Pinang/Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak, Jalan P Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Bukit Bintang.
Buat masa ini, fasa pertama sudah siap iaitu dari KLCC ke Hotel Impiana. Ia sebuah jejantas pejalan kaki lengkapi penyaman udara, kamera litar tertutup (CCTV), tangga bergerak dan lif.
Fasa kedua projek itu akan diteruskan dari simpang Jalan Pinang/Kia Peng ke Jalan Raja Chulan dan dijangka siap hujung tahun ini.
Projek itu turut menghubungkan bangunan ke bangunan di sepanjang Jalan Perak, Jalan P Ramlee dan Jalan Sultan Ismail dan yang akhirnya akan menyambungkan Bukit Bintang ke KLCC
Rasanya dah masanya untuk kerajaan menyuntik lebih banyak modal dalam mewujudkan peluang pasaran dan kerja di Malaysia ini bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~