Masih ingat lagi dengan entri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di Raub Pahang 2011 pada 5 Februari 2011 baru-baru ini?
Untuk makluman, selepas menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, daerah raub sekali lagi menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia kali ini anjuran Raub Australian Gold Mining (RAGM) pada 12 Februari 2011.
Inilah banner Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia - RAGM yang terpampang di Dataran daerah Raub Pahang yang mengalu-alukan kedatangan seluruh penduduk Raub ke sambutan ini.
Tetamu istimewa pastinya Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang sudi mencemar duli turun ke daerah Raub untuk merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia - RAGM.
Di Rest House inilah Tuanku Sultan Pahang beristirehat sementara menunggu upacara Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia - RAGM 2011 bermula.
Inilah dia pengacara pada majlis itu, Zakiah Anas dari TV3. Antara selebriti yang memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina ini ialah M. Nasir, Alleycats dan Datuk Siti Nurhaliza.
Suara gemersik ketiga-tiga ikon tanahair ini bergema di bumi Raub. Mereka menyampaikan lagu popular mereka dan mendapat sorakan peminat fanatik yang tak henti-henti.
Inilah dia acara kemuncak di mana kesemua selebriti dan penari tradisional bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik beramai-ramai.
Tuanku Sultan Pahang tidak ketinggalan menyampaikan 1 lagu popular bertajuk Widuri dari Broery Marantika.
Sebelum meninggalkan majlis, Sultan Pahang sempat bersalaman dengan hadirin yang hadir. Sultan Pahang terpaksa pulang awal kerana ingin menziarahi Allahyarham Datuk Zaharuddin (ADUN Kerdau) yang meninggal dunia pada petang itu.
Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menaikkan taraf ekonomi masyarakat daerah Raub. Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~