Baru-baru saya sempat pulang ke kampung halaman di Raub, Pahang untuk menghadiri kenduri tahlil arwah, bacaan yassin, doa selamat dan kesyukuran yang di anjurkan oleh keluarga.
Kehadiran adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga memeriahkan majlis ini. Pada sebelah petang sekitar jam 2 petang adalah bacaan yassin dan doa selamat dan kesyukuran dari qariah wanita.
Tetamu yang hadir di berikan beg cenderahati yang mengandungi air yassin, surah yassin, dan kuih muih. Hampir 60 orang tetamu yang hadir.
Habis sahaja majlis, tetamu di jemput ke meja hidangan untuk menjamu selera. Hidangan utama ialah laksa dan pulut di samping kuih-kuih dan buah-buahan.
Mengikut gaya, memang lapar sangat diorang semua ni. Maklumlah majlis berlangsung hampir 2 jam. Memang banyak diorang semua makan. Sampai licin. Tak kisahlah. Nama pun kenduri kan.
Actually majlis ini di buat 2 kali iaitu 1 pada sebelah petang untuk kaum wanita dan pada sebelah malam untuk kaum lelaki. Untuk edisi sebelah malam akan di update di blog ini dalam part ke 2
Terima kasih buat semua tetamu yang hadir pada majlis kenduri ini. InsyaAllah sebelum berakhirnya tahun 2011 ini akan ada 1 lagi kenduri besar-besaran. Nak tau kenduri apa? tunggu...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~