Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Nampaknya Kuala Lumpur bakal mempunyai 1 mercu tanda baru iaitu Jejantas dari KLCC Ke Hotel Impiana, Jalan Pinang/Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak, Jalan P Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Bukit Bintang.


Buat masa ini, fasa pertama sudah siap iaitu dari KLCC ke Hotel Impiana. Ia sebuah jejantas pejalan kaki lengkapi penyaman udara, kamera litar tertutup (CCTV), tangga bergerak dan lif. 




Fasa kedua projek itu akan diteruskan dari simpang Jalan Pinang/Kia Peng ke Jalan Raja Chulan dan dijangka siap hujung tahun ini.


Projek itu turut menghubungkan bangunan ke bangunan di sepanjang Jalan Perak, Jalan P Ramlee dan Jalan Sultan Ismail dan yang akhirnya akan menyambungkan Bukit Bintang ke KLCC




Secara peribadi, jejantas ini memang memberi daya tarikan pelancongan baru di Kuala Lumpur cuma kosnya yang menelan RM 10 juta untuk hanya sepanjang 142 meter perlu di perjelaskan.


Rasanya dah masanya untuk kerajaan menyuntik lebih banyak modal dalam mewujudkan peluang pasaran dan kerja di Malaysia ini bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Comments
2 Comments

2 comments:

Sharinginfoz said...

dengar khabar petronas yang sponsor kan, memang mahal gak

Mr feckry said...

senang sikit nak pi clubbin'

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget