Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8% bagi tahun kewangan 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65% yang dibayar pada 2009.
Untuk rekod, ia merupakan bayaran dividen KWSP tertinggi yang pernah dicapai iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55% berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.
Jom kita terjah rekod kadar dividen KWSP sebelum ini :-
Pencapaian ini menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar KWSP mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.
Ia merupakan peningkatan 39.76% berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009
Pengcarum KWSP boleh mendapatkan penyata kira-kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter dan i-Akaun mulai 21 Februari 2011.
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~