Pada 4 dan 5 Februari 2011 baru-baru ini saya sempat menghadiri Majlis Perkahwinan sahabat blogger kita iaitu Eshegurl di Kota Tinggi, Johor
Majlis akad nikah di adakan lepas isyak pada 4 Februari lalu. Actually dah lama tak datang Johor. Last pergi kira-kira 10 tahun lalu. Sebab itu excited nak pergi.
Dan baru-baru ini si pengantin telah memberi hadiah kepada kawan-kawannya termasuk saya. Hadiahnya ialah kerepek-kerepek dan cup cake dari johor. Terima kasih ya..
Semuanya sedap-sedap belaka. Kalau beri pada orang bujang memanglah semuanya sedap. Orang-orang Johor semuanya melayan kami dengan baik...
Ingatkan nak letak gambar pengantinnya di sini tapi rasanya si pengantin tak izinkanlah. Kalau nak tahu siapakah pengantin itu bolehlah baca blog beliau di http://reallywannasee.blogspot.com/.
Selamat pengantin Baru Siti Rusyidah & Abdul Rahman dan Nur Fadzliana & Muhammad Saufi. Semoga kekal ke anak cucu...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~