Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo telah berlangsung pada 9 November 2012. Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kira-kira 1,000 tetamu kenamaan yang hadir ke majlis ini. Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Chong Wei, 30, tampil berpakaian segak tuksedo hitam rekaan pakar sut lelaki ternama, Lords Tailor manakala Mew Choo, 29, pula mengenakan gaun pengantin serba putih.
Beregu badminton No. 1 negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong antara 6 sahabat yang dipilih Chong Wei membentuk pasukan pengiring pengantin lelaki.
Empat lagi adalah 2 bintang badminton, Gan Teik Chai dan Khoo Chung Chiat selain 2 sahabat karibnya, Yap Khean Boon dan Sunny Ang. Di sebelah pengantin perempuan, Mew Choo juga membariskan 6 pengapit terdiri daripada sahabatnya.
Untuk rekod, pasangan Chong Wei dan Mew Choo, yang sudah menjalin hubungan cinta sejak 11 tahun lalu akan mengadakan majlis resepsi kedua mereka di KLCC 10 November 2012.
Majlis resepsi ini akan diadakan secara tertutup itu akan melibatkan 1,500 ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~