Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti East London, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10% berbanding mereka yang tidak.
Mereka yang minum air didapati mencatatkan pencapaian 5% lebih baik secara keseluruhan, namun peningkatan lebih ketara didapati di kalangan pelajar baru yang mengamalkan minum air ketika menduduki peperiksaan iaitu sebanyak 10%.
Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan.
Kebolehan akademik keseluruhan pelajar juga diambil kira, bagi memastikan keputusan penyelidikan tidak terlalu berbeza disebabkan kebarangkalian pelajar pintar terasa dahaga.
Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak.
Minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu.
Oleh itu rasanya tak perlulah makan vitamin yang mahal untuk meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air!
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~