Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) akan di adakan pada 11-13 Mei 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN ini pastinya berita baik kepada pencari kerja dan lepasan universiti untuk mendapatkan kerjaya pilihan.
Banyak agensi kerajaan, kementerian, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional mengambil bahagian dalam karnival kali ini yang menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan untuk direbut.
Antara aktiviti yang diadakan pada BN Youth Job Fair 2012 ini ialah ceramah kerjaya, klinik resume dan temuduga turut di adakan untuk graduan yang masih mencari pekerjaan.
Seperti penganjurannya sebelum ini, pencari kerja perlu mengisi maklumat berkaitan secara dalam talian untuk memadankan kelayakan dan mengenalpasti kekuatan dan kesesuaian terhadap kerja dicari.
Seperti penganjurannya sebelum ini, pencari kerja perlu mengisi maklumat berkaitan secara dalam talian untuk memadankan kelayakan dan mengenalpasti kekuatan dan kesesuaian terhadap kerja dicari.
Karnival pada kali ini turut menerima kerjasama daripada Jobs DB Malaysia Sdn. Bhd. dan REDtone International Bhd sebagai rakan kongsi.
Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 dijadualkan bermula di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11-13 Mei ini dan seterusnya di Kuching pada 7 hingga 8 Julai 2012.
Karnival ini turut di adakan di lokasi lain seperti Suria Mall, Kota Kinabalu (22-23 September), Dewan Millenium, Kepala Batas (6-7 Oktober), Majlis Bandaraya Ipoh (13-14 Oktober), Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu (2-3 November), Dataran Senawang (16-17 November) dan PWTC (23-25 November).
Kepada graduan di luar sana yang masih mencari pekerjaan, jangan lupa hadir di karnival kerjaya Pemuda BN ini di lokasi yang berdekatan dengan anda. Manalah tahu ada rezeki anda kali ini. Yang penting bawa resume banyak-banyak...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~