Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan Chelsea VS Bayern Munich menyaksikan Chelsea menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi sepakan penalti dalam masa tambahan setelah kedudukan terikat 1-1 selama 120 minit masa permainan 


Pada separuh masa pertama menyaksikan dominasi Bayern Munich. Banyak percubaan berbahaya direncanakan oleh Mario Gomez, Arjen Robben, Frank Ribbery dan Thomas Muller namun masih belum menemui sasaran.




Walaupun tanpa John Terry dan Barnislav Ivanovic, Chelsea kebal bertahan. Kedudukan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Chelsea 0-0 Bayen Munich.


Bayen Munich menggandakan asakan pada separuh masa kedua. Hasilnya Thomas Muller berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit 83 menewaskan Petr Cech di gawang Chelsea.




Chelsea yang tersentak dengan jaringan itu lantas memasukkan Fernando Torres  bagi menguatkan barisan seranngan. Hasilnya Didier Drogba berjaya menanduk bola masuk menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke 88.


Tamat 90 minit masa permainan Chelsea 1-1 Bayern Munich. Permainan terpaksa disambung dalam tambahan masa bagi menentukan pemenang.




Pada masa tambahan, Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti setelah Frank Ribery dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Didier Drogba.


Malangnya Arjen Robben yang mengambil sepakan penalti gagal menjaringkan gol setelah sepakkannya diselamatkan Petr Cech. Tamat 120 masa tambahan kedudukan masih terikat 1-1.


Keputusan permainan akan ditentukan menerusi sepakan penalti.Inilah kedudukan sepakan penalti yang di ambil kedua-dua pasukan :-

  • Chelsea : Mata, David Luiz, Lampard, Cole, Drogba 
  • Bayern : Lahm, Gomez, NeuerOlic, Schweinsteiger


Dengan keputusan sepakan penalti 4-3 yang memihak kepada Chelsea maka Chelsea ditabalkan sebagai pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) musim 2011/2012.




Ini kali pertama Chelsea menjulang trofi kebanggaan Eropah itu. Chelsea akan bermain dalam Champions League musim hadapan walaupun sekadar menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana Inggeri musim 2011/2012.


Tahniah sekali lagi buat Chelsea. Tertunai juga impian Roman Abramovic untuk melihat Chelsea merangkul trofi  Liga Juara-Juara Eropah !



PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Chelsea VS Bayern Munich live Final (Akhir) Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 20 May 2012 yang berlangsung di Stadium Allianz Arena di Munich.


Bayern Munich mara ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan Real Madrid menerusi sepakan penalti 3-1 manakala Chelsea menewaskan Barcelona 3-2 pada separuh akhir. 


Bayern Munich adalah pasukan pilihan untuk menang memandangkan perlawanan diadakan di stadium mereka sendiri manakala Chelsea pula nampak tempang tanpa John Terry, Branislav Ivanovic, Ramires dan Raul Meireles.


Jom kita terjah kesebelasan kemungkinan untuk perlawanan akhir ini :-




Untuk rekod, Bayern Munich pernah muncul juara Champions League sebanyak 5 kali iaitu kali terakhir memenanginya pada tahun 2001 manakala Chelsea Naib Juara Champions League pada 2008.


Jangan lupa saksikan perlawanan Chelsea VS Bayern Munich Final (akhir) Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 20 May 2012 di Astro ESPN saluran 812 jam 2.40 a.m.



Keputusan @ result Chelsea VS Bayern Munich live Final (Akhir) Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 20 May 2012 akan kemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...




Velasrizal Rodriguez






Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget