Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Baru-baru ini saya ada buat redemption bonus points kredit kad memandangkan tak lama lagi saya hendak membatalkan perkhidmatan kad kredit CIMB Bank.


Maklumlah tak lama lagi adalah anniversary kredit kad saya. Bila tibanya anniversary nya nanti, kad kredit ini akan dikenakan service tax RM50 dari government.


Sebelum ini dah pernah 2 kali service tax pada tahun 2010 dan 2012 maka RM100 dah hangus masuk dalam kantung poket kerajaan.


Memandangkan saya dah tak mahu menambah duit dalam kantung kerajaan, maka saya nak cancelkan kad kredit ini tapi sebelum itu kena buat redemption dulu takut nanti dah cancel kad dah tak boleh redeem barang pula. 




Inilah dia barang yang saya redeem iaitu Elba Jug Kettle yang bersamaan dengan 10700 bonus points. Ini juga bermaksud sudah RM10,700 saya berbelanja membeli barang menggunakan kad kredit selama 5 tahun. Banyak juga tu.


By the way, nak buat redemption kena hubungi Credit Card Centre CIMB Bank dulu untuk check barang yang nak redeem itu ada stok tak. Jika ada, kena pilih pula sama ada nak collect barang ini di Credit Card Centre atau di courier ke alamat yang kita beri.


Lebih kurang seminggu juga baru dapat barang ini. Inilah dia rupa sebenar Elba Jug Kettle apabila dikeluarkan dari kotaknya :-




Not bad juga kan rupa bentuknya. Nampak esklusif dan cantik tapi sedikit 'gemuk' dan 'pendek'. Walaupun begitu ia boleh memuatkan 1.8 liter air sekali guna. 


Plastik digunakan untuk membuat kettle ini juga tebal dan tahan lasak. Bahagian bawahnya pula ada penebat haba yang menghalang kepanasan dari meninggalkan kesan pada permukaan meja. 


Memandangkan di rumah dah ada kettle so kettle ini saya tinggalkan di pejabat. Senang sikit nak buat air. Tak perlu pergi pantry jauh-jauh. Kalau customer datang pun senang terus boleh jerang air. 




Lepas beberapa hari dah dapat kettle ini saya terjumpa pula kettle yang sama jenama dan saiznya di Jusco Wangsa Maju. Harga jualannya ialah RM59.


Kettle jenama lain biasanya dijual antara dalam RM25-45. Memang tak syak lagi kettle yang saya redeem ini lebih tinggi standardnya dari kettle jenama lain.


Secara kesimpulannya, saya berbelanja sebanyak RM10,700 dengan menggunakan kad kredit bersamaan dengan RM59 yang saya dapat dari CIMB Bank.


Yang paling penting skali CIMB Bank TAK DAPAT nak caj apa-apa ke atas akaun kad kredit saya memandangkan saya membayar nilai penuh outstanding balance sebelum due date setiap bulan.


Tengok siapa kata pakai kad kredit rugi? Kalau bijak menggunakannya ada banyak manfaatnya. Yang paling penting disiplin kena ada. Pandai pakai pandailah bayar kan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Kazen said...

takutlaaa nk wat kad kredit...mudah bankrup org kate :)

Entri terkini Kazen >>> "Segmen: Kau Blogger Ku Blogger"

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget