Baru-baru ini aku berkesempatan pulang ke kampung halaman. Saja mahu menenangkan minda sebelum saat perhitungan tiba pertengahan Jun ini.
Sampai saja je kampung halaman, aku terkejut apabila menerima 10 kad undangan perkahwinan dari sahabat handai dan saudara-mara. Mak aii..
Tak sangka mereka masih ingat lagi kat aku ni walaupun dah lost contact sekian lama. Yang penting persahabatan itu terus terjalin.
Ada yang melangsungkan perkahwinan di Muar, Kota Bahru, Kuala Lumpur, Taiping dan Raub. Nasib baik tiada yang bertindih tarikh.
Terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang menjemput aku bagi memeriahkan hari berbahagia kalian. Mungkin ada yang tidak dapat aku hadiri atas urusan tugas dan tanggungjawab. Mana yang dekat tu InsyaAllah..
Apa yang penting aku akan doakan kebahagian rumah tangga kalian semua sampai akhir hayat. Nanti tunggu la pula giliran aku pula pasti akan ku jemput anda semua..
Adios~~~~