Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Jom ikutilah tips yang mudah ini untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.
1. Jadi diri sendiri
- Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Tidak perlu semua itu! Wanita lebih gemarkan lelaki yang jadi diri dia sendiri.
2. Kawal keadaan
- Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya.
3. Bijak meredakan ketegangan
- Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.
4. Imej nakal
- Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.
5. Selamba dan selesa
- Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Biarkan wanita yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.
6. Jangan gopoh
- Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok.
7. Yakin pada diri sendiri
- Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan.
Semoga tips ini membantu anda serba sedikit dalam menjadi 'lelaki idaman' di mata wanita...
Adios~~~