Tahukah anda bahawa Perodua akan melancarkan dua model baru MyVi dan ViVa pada separuh kedua tahun ini untuk mempelbagaikan lagi kategori kereta kompak keluarannya di pasaran.
Untuk rekod MyVi dan ViVa adalah model paling laris di Malaysia dengan jualan masing-masing sebanyak 7,048 unit dan 6,671 unit pada Mac lalu.
Di bawah ini adalah model baru MyVi yang akan dilancarkan nanti :-
Bagi model baru MyVi, Perodua akan menggunakan badan model generasi baru Toyota Passo yang berkapasiti 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter untuk model MyVi sebelum ini.
Bagi model baru ViVa, ia akan didatangkan dengan rekaan baru jeriji depan yang lebih ranggi dan bergaya daripada model sedia ada dan bamper baru yang kelihatan seperti ‘mini Alphard’.
Maklumat secara terperinci mengenai model ini belum ada lagi di laman web Perodua. Mungkin selepas dilancarkan nanti segala maklumat akan di nyatakan.
Bagi yang masih mencari kereta idaman yang mahu dimiliki mungkin model baru ini lah jawapannya...
Adios~~~~