Ini berita baik kepada pengguna kad kredit kerana semua pihak berkaitan penggunaannya di negara ini diwajibkan mematuhi standard keselamatan baru Majlis Keselamatan Standard jenama pembayaran dunia (PCI DSS).
Melalui standard baru ini semua bank, syarikat insurans, hotel, hospital dan gedung membeli-belah perlu memastikan data maklumat pemegang kad kredit yang berurusan dengan mereka sentiasa disimpan secara selamat.

Dengan adanya standard ini, mereka tidak boleh menggunakan dan menjual maklumat kad kredit kepada pihak lain.
Standard baru ini bertujuan mengurangkan kes penipuan kad kredit yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Standard baru itu yang sudah diguna pakai di Amerika Syarikat lebih awal ternyata berjaya mengurangkan kes penipuan kad kredit sehingga 40% di negara itu.
P/S:- Harap-harap lepas ini tiada lagi pihak menelefon menjual barangan melalui pemotongan dari kad kredit. Memang sakit hati melayan telemarketing ni. Cara mereka pula seakan-akan memaksa !
Adios~~~